11 Dec, 2025
18
Pihak Yayasan Melaka (YM) sedia maklum mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di Kediaman Pelajar Yayasan Melaka, melibatkan peniaga yang menyewa di Medan Selera dan individu luar. Pihak YM memandang serius perkara ini dan telah memulakan tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman para penghuni dan peniaga sentiasa terpelihara.